Pages

Kage

Showing posts with label Fardhu Ain Dan Kifayah. Show all posts
Showing posts with label Fardhu Ain Dan Kifayah. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Siapa kata tak boleh sebut perkataan "SALAM"?


بسم الله الرحمن الرحيم
 
 
Assalamualaikum...
 
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Tak Boleh Sebut Perkataan Salam, Pe Be Upon You, Sebarkan Salam, Spread A Salam
 
 
Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Kalau kawan-kawan tengok tajuk entri ni pun, kawan-kawan dah tau kan saya nak cakap pasal apa. Entri ni saya nak tulis sikit tentang "SALAM". Biasanya blogger mesti ada facebook kan, mesti penah terbaca artikel tentang tak boleh cakap "SALAM" ni..betul tak?? Bila sorang yang dapat, maka artikel ni di share sehingga semua orang dah tau tentang masalah tak boleh cakap perkataan "SALAM". Sebelum saya cakap dengan lebih lanjut...saya nak bagi tau, bahawa entri ini merupakan pendapat saya sahaja. Yang baik, boleh diambil. Yang buruk, sila tegur dengan cara yang berhemah..
 
Bila saya baca artikel tentang tak boleh sebut perkataan "SALAM" menggantikan lafaz Assalamualaikum..saya agak terkejut jugak dan saya ada rasa pelik..antaranya sebab nya ialah :
 
1. Kenapa pula perkataan salam tu maksudnya Selamat Tinggal?. Hasil daripada apa yang saya jumpa dalam kamus, SALAM ialah selamat.
 
Ini merupakan maksud SALAM berdasarkan kamus besar Dewan Bahasa dan Pustaka (Arab-Melayu) m/s 1173 :
 
Islam berasal dari perkataan "Aslama, Yuslimu, Islaman"
 
أسلام ، يسلم ، إسلاما
Maksudnya :
1. Tunduk, patuh. 2. Mematuhi agama. 3. Memeluk agama Islam. 4. Menyertai perdamaian.
 
Tak ada pun perkataan “selamat tinggal” kat situ..maksud semua baik-baik. Pe yang tak bolehnya?
 
2. Kenapa tak boleh sebut "SALAM" dan kenapa pula kena sebut  "AS-SALAM" ? Apa pulak beza nya. Kedua-duanya membawa erti yang sama. Kalau kawan-kawan belajar Bahasa Arab, tentu kawan-kawan tau. Kalau kita sebut SALAM, kita tak bunyi kan alif dan lam. Kalau sebut AS-SALAM, kita bunyi kan alif dan lam..ok, sekarang saya tulis dalam jawi eh. Ikut huruf asal..baru nampak.
 
سلام ، السلام
 
Itu je bezanya..makna sama kalau nak ikut kan. Cuma ada beza sikit je. Beza nya ialah SALAM nakirah (tidak ada alif dan lam)  dan AS-SALAM makrifah (ada alif dan lam). Saya bagi contoh perkataan lain ye..jom blaja Bahasa Arab sekejap. Kita tengok apa perbezaan maksudnya...
 
Contoh :
 
بيت = Rumah (membawa makna umum)
البيت = Rumah itu (membawa makna khusus)
 
Makna asal : sama je..rumah jugak!!
 
3. Kenapa pula perlu menggabungkan makna "A'KUM" dan perkataan yang lain-lain kemudian diterjemahkan dalam bahasa lain. Kan Assalamualaikum tu dalam bahasa Arab, SALAM tu dalam bahasa Arab. Kenapa mesti ikut makna dalam bahasa lain???
 
Perkara-perkara ni la yang saya agak pelik..tapi, saya kurang nak percaya, sebab artikel tu umpama artikel berantai. Saya tak tau siapa yang tulis, latar belakang penulis tu. Cuma artikel tu di share dari seorang ke seorang yang lain...pensyarah saya selalu cakap, kalau nak cari sesuatu sumber untuk di jadikan rujukan kajian, sumber primer adalah buku, jurnal, artikel yang disertakan dengan nama pengarang dan diterbitkan dimana.UKM ke..UM ke and so on.  Sebab sumber-sumber ni merupakan sumber yang sahih dan dah ditapis sebelum di cetak dan diedarkan kepada orang ramai.
 
Kalau internet pula, jadi sumber sekunder. Sumber kedua untuk dijadikan rujukan..sebab bahan yang ada di dalam internet, tidak ditapis dan semua orang dan tidak kira latar belakang boleh mencurahkan idea serta sebarkan fahaman mereka. Macam blog juga la..semua orang boleh menulis, tidak kira umur, latar belakang pendidikan, agama, budaya dan lain-lain. Jadi, jangan lah terlalu mudah percaya kepada sumber yang datang dari internet. Kena kaji dulu, buat analisis, baru kita boleh ikut dan pegang. Jangan taqlid ( ikut membuta tuli tanpa hujah dan dalil).
 
Kemudian, dalam artikel tu ada menyebut tentang Hadith Nabi kan. Tentang salam, dan dikaitkan dengan Ustaz Zawawi. Hadith tu betul dan benar. Betul la apa yang ustaz Zawawi cakapkan tu, ulasan daripada Hadith Nabi s.a.w. Mafhumnya : Perkataan yang paling baik ialah mengucapkan salam dengan lafaz Assalamualaikum.( salam sejahtera ke atas kamu). Yang menjawab pula, seelok-eloknya jawab dengan jawapan yang lebih baik. Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..
 
Tentang teguran kirim salam tu saya setuju..sebab ustaz saya pernah ajar macam tu. Kalau kita nak kirim salam kat orang lain..kena cakap. Kirim salam "Assalamualaikum" dekat Ani. Contohnye la..jangan cakap Kirim salam kat Ani. Salah tu..
 
 
Yang mana belum baca artikel tersebut, ni saya copy paste..tentang tak boleh cakap SALAM.
 


 
Assalamualaikum..petikan ni sy amik dr email..moga beroleh manfaat dan jadikan sebagai peringatan bersama..harap sebarkan..

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?. Apakah maksud disebaliknya ?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah :"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

baik gunakan, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada Aliff ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Aliff yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.

Drpd: hamba Allah
 
 
Ini pula artikel tentang menjawab semula artikel di atas..artikel ni ada sumber dan tahu siapa penulisnya dan logik.


 
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ 

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

Komen daripada Mohd Fadli Yusof: Silakan share untuk kebaikan, perkataan JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" itu bukan perkataan Ustaz Zawawi. Penulis note hanya pinjam kata-kata Ustaz Zawawi berkenaan cara-cara yang betul memberi salam. Perkara ini dah tersebar di blog-blog juga.

Officially posted by Ustaz Mohd Fadli Yusof on Monday, 21 February 2011 at 11:55
 Click: [Share]

p/s: len kali klau dah dpt satu2 artikel tu,.cek dulu kesahihannya..jgn men redah je
 

 
Semoga kita sentiasa berhati-hati ..jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan mesej serta email berantai. Siasat dan selidik dulu, dari mana, siapa tulis dan sebagainya.
 
Segala yang buruk datang dari kelemahan saya, dan yang baik datang dari Maha Pencipta
 
Sekian
 
 
والسلام


Thursday, July 11, 2013

Bersahur

Assalamualaikum dan selamat pagi, hari ini hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa, iaitu 2 Ramadhan 1434H bersamaan 11 Julai 2013 Masihi. Masih tidak terlambat untuk PT mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa bagi umat Islam di Malaysia terutamanya.

 

bangun-sahur

 

Artikel PT kali ini adalah berkenaan ‘BERSAHUR’. Mengapa kita dituntut untuk bersahur? Waktu yang sesuai untuk bersahur, ini kerana ramai yang tidak tahu malah ambil mudah berkenaan sahur. Dimana orang utara menyebut, ‘sahoq’ atau ‘soq’  !PEACE

 

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

Berdasarkan hadis, kita digalakkan bersahur dengan tamar. Nabi s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

Maka dengan ini, kita bukan sahaja digalakkan berbuka puasa dengan tamar, kita juga digalakkan untuk bersahur dengan tamar. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Kita disunnahkan untuk melewatkan sahur. Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Ini seperti firman Allah:

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa betapa lewatnya sahur Nabi s.a.w. Jika 50 ayat dibaca, kadarnya lebih kurang beberapa minit. Di tempoh itulah Nabi s.a.w menghentikan sahur untuk bersiap menuju solat.

5. Waktu sahur berlanjutan sehinggalah masuknya waktu subuh. Andaian bahawa puasa itu mesti bermula sepuluh atau dua puluh minit sebelum subuh adalah tidak tepat. Hadis Zaid di atas tadi, bukan menunjukkan sahur itu wajib berhenti kadar 50 ayat sebelum azan, tetapi menunjukkan amalan Nabi s.a.w yang dilihat oleh Zaid. Buktinya, Aisyah r.a menyebut:

“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan pada zaman Nabi s.a.w ada dua kali azan bagi waktu subuh. Ini seperti yang diamalkan di kebanyakan dunia Islam terutamanya Mekah dan Madinah. Azan pertama sebelum masuk waktu, ia dilaungkan oleh Bilah bin Rabah. Azan kedua, oleh sahabat Nabi s.a.w yang merupakan seorang buta, beliau Abdullah ibn Ummi Maktum. Maka Nabi s.a.w mengizinkan seseorang yang hendak berpuasa itu makan sehingga azan kedua, iaitu masuk waktu subuh yang sebenar, maka barulah berhenti.

6. Al-Quran sendiri menjelaskan tentang hal ini dengan menyatakan (maksudnya):

“Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Maka penentu bagi waktu terakhir sahur adalah masuknya waktu subuh yang sebenar, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Dalam riwayat Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

“Jangan kamu tersilap disebabkan azan Bilal, ataupun warna putih sehinggalah kelihatan waktu fajar (sebenar)”.

7. Maka berdasar al-Quran dan hadis-hadis di atas, juga pelbagai riwayat yang lain, maka waktu ‘imsak’ yang sebenarnya bermula apabila masuknya waktu subuh, bukan beberapa minit atau belasan minit sebelum subuh. Maka, apabila seseorang bangun bersahur dan didapati waktu subuh belum masuk sekalipun hanya tinggal beberapa minit, dia tetap boleh memakan sahurnya sehinggalah masuknya waktu subuh.

8. Bersahur di samping membantu kita untuk lebih cergas semasa berpuasa, ia juga mendidik seseorang untuk bangun pada sepertiga yang akhir malam. Ini kerana waktu tersebut adalah waktu yang mempunyai kelebihan untuk ibadah dan dimustajabkan doa serta istighfar. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Agung turun setiap malam ke langit dunia, ketika hanya tinggal sepertiga malam yang akhir. Lalu berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan untuknya. Sesiapa yang meminta kepadaKu, akan aku berikanNya. Sesiapa yang memohon keampunan kepadaKu, akan Aku ampunkannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan fadilat berdoa dan beristighfar pada waktu sepertiga malam yang akhir. Maka dengan seseorang bangun pada waktu tersebut memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah pada waktu tersebut.

9. Puasa adalah proses mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah.

Wednesday, November 14, 2012

Hukum Membaca Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah serta Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir genap setahun (Hijrah) kita menjalani kehidupan ini. Yang pasti banyak dosa daripada pahala yang telah kita lakukan. Mengapa PT mengatakan sedemikian? Siapa tahu akan dosa dan pahala yang telah dilakukan dan telah tertulis? Lebih baek berfikir sedemikian agar kita sentiasa mencari KEAMPUNAN-NYA, daripada kita terus riak dan alpa dengan dunia dan akhirnya kita terlambat untuk bertaubat.

Walaupun umur beribu tahun, pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi ajal bukan ditangan Manusia mahupun hamba ALLAH yang laen. Rugilah kita jika kita meninggalkan dunia ini tanpa sempat kita bertaubat.

Hukum membaca Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah ada yang mengatakan tidak sah, tiada hadis yang sahih. Apa² pun tonton video daripada Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) ini.

Semua doa² yang baek boleh dibaca, tiada seorang pun ahli ulama yang mengatakan tidak boleh baca

Selepas membaca beberapa artikel, dan menonton video diatas, Doa Awal dan Akhir Tahun Islam ini adalah bukan amalan sunat atau bukan Doa daripada Nabi Muhammad SAW, tetapi ia masih boleh dibaca.

Yang baek mengapa tidak kita jadikan satu ikutan dan tauladan, dan yang kurang baek mengapa tidak kita jadikan satu sempadan? Hidup ini pilihan, Jangan tersalah pilih.


Disini PT sertakan sekali dengan doa² Awal dan Akhir Tahun. Semoga amalan kita diterima dan semoga dosa² kita diampuni.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram (14 November 2012)


awal tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (14 November 2012)


akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 
*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile


Di Kesempatan ini PT ingin mengucapkan


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434








Monday, July 30, 2012

Anda Sudah Jadi Tunangan Orang?

man proposingAssalamualaikum, dalam sedar tidak sedar anda kini telah pun menjadi tunangan orang jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Dalam video tersebut, Ustaz Azhar Idrus membaca salah satu soalan yang dikemukakan yang lebih kurang berbunyi;

"Jika salah seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang wanita untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah dikira bertunang walaupun ibubapa wanita itu belum lagi tahu dan kenal akan pihak lelaki."

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Saturday, July 21, 2012

Hadith Palsu Mengenai Kelebihan Terawih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Umat Islam di Malaysia terutamanya belia² remaja, pernah kita terfikir akan sesuatu hadis itu sahih atau tidak, apa yang kita dapat itulah yang kita terima. Jangan bersikap demikian, adakala kita perlu merujuk dengan ahli ulama bukan sekadar seorang sahaja. Ini kerana setiap orang berbeza pendapat dan pemahaman. Tidak salah untuk kita untuk belajar lebih daripada seorang.

Di sini PT pernah terbaca hadis mengenai kelebihan terawis, memang detail sehingga boleh membuatkan kepercayaan seseorang itu terpesong dalam tidak sedar. Dan ternyata hadis tersebut adalah hadis paslu dan telah disahkan kepalsuanya dalam laman web JAIS (tidak pasti mengapa telah dibuang artikel tersebut) @ Info 1 @ Info 2.


~◄ Artikel Daripada JAIS ►~
--------------------------------------------------------------------------------------------
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan.
--------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan pula setelah mengetaui hadis ini tidak benar, ramai pula yang tidak pergi menunaikan solat sunat terawis. Walaupun hadis ini tidak benar tetapi Bulan Ramadhan ini banyak kelebihannya. Jangan lepaskan peluang untuk beribadah. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1433

Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari pertama umat Islam terutamanya di Malaysia menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah, PT berjaya juga menghadapi dugaan berpuasa hari ini. Memang tidak disangka, walaupun PT selalu berpuasa sunat, tetapi dugaan pada hari ini memang berat. Ada hikmah disebalik setiap kejadian, and we as HIS servant we should never doubt what has been plan to us.
PT harap pada bulan yang mulia ini, kita mencari keberkatanNYA, kemapunanNYA. dan jangan pula kita leka dengan dunia yang hanya sementara sahaja. Rebut peluang yang ada. Walaupun iblis dan syaitan telah diikat, dikurung tetapi tidak kepada nafsu. Masa inilah kita berlajar memupuk untuk menjalani kehidupan yang baru, hidup kesederhanaan dengan berlandaskan agama. InsyaALLAH dengan niat yang betul dan keinginan untuk berubah, kita akan berjaya.
syaitan
Kita memang tidak sedar kadang² kita juga ada mengganti tempat² ‘mereka’ Tetapi semua itu atas keinginan kita, tiada alasan ‘terpaksa’. Kita tidak rugi apa² malah banyak kelebihan yang kita dapat. Setakat hanya kehilangan seorang kawan atau mengundang kemarahan mereka, tiada lebih hebat daripada mengundang KEMURKAAN ALLAH.
Berdosa dan taat

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dalam hidup kita. Satu pengalaman dimana kita tidak akan melupakannya. Segalanya terletak dalam diri kita. Ayat seperti “kubur lain²” itu tidak boleh diguna pakai kerana bila kita dah meninggal siapa yang akan menguruskan kita? ‘Orang lain’ juga. Janganlah terlalu sombong kecuali jenazah kita boleh bergolek sendiri masuk ke dalam liang lahad. Renung²kn.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA - PT

Saturday, June 30, 2012

Hukum Dan Tip untuk Bercukur

Bila mai hujung bulan dan hari minggu, inilah antara aktiviti PT pas bgun tdoq. Kompom lama dlm bilik aiq 2 haha. Awat mesti time hujung bulan dan hari minggu? Ptma sbb xnk terlupa cukur, kedua sbb dh nma pn hari minggu, kompom la free time, hadoiyai..

Shave


__________
~◄ 1.Hukum ►~
Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj wanita atau dia atas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara bergunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu kulit itu.
Seorang ulama Syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan bercukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan berakibatkan kendurnya kulit di tempat itu.
Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakkan agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup dibahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkannya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau yang kurang selesa.
Anas bin Malik berkata : Telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkannya lebih dari masa empat puluh malam”. – (Riwayat Muslim, Ibn Majah, Ahmad, Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud).
Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi seorang lelaki mencukur bulu kemaluannya dihadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain untuk mencukur bulu kemaluannya. Mendedahkan aurat adalah HARAM disisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.
Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitannya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu al-Mu’minin ‘Aisyah r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.
Aisyah menjawab : Pokok yang baik dan air yang suci” Ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aisyah menjawab : “Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikannya (kedua-duanya) dengan lebih cantik, maka lakukanlah.”. 
Membersihkan muka bagi seorang perempuan dan juga badannya daripada bulu-bulu yang berlebihan adalah dibolehkan. Akan tetapi rambutnya hendaklah ia menghormati dan memeliharanya. Begitu juga jika sekiranya janggut atau misai tumbuh pada seorang perempuan, maka hendaklah ia menghapuskannya.
{Sabda Rasulullah S.A.W. : "Sampaikan Pesanku Biarpun Sebaris Ayat." , "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
}
__________
~◄ 2.Tip ►~
1. Mencukur Ini adalah cara yang paling mudah dan murah untuk menyingkirkan rambut ketiak Anda. Kerugian utamanya adalah efeknya relatif berjangka pendek. Bahkan, rambut akan mulai tumbuh kembali keesokan harinya sehingga Anda harus sering mencukur ulang beberapa hari sekali. Selain itu, bila Anda tidak melakukan dengan benar, mencukur dapat menyebabkan ketiak berwarna hitam. Untuk menghindarinya, berikut adalah beberapa tips mencukur yang baik:



  • Oleskan krim atau busa pencukur di ketiak sebelum mencukur. Anda juga dapat menggunakan sampo rambut bila tidak punya.
  • Pastikan Anda menggunakan pisau cukur yang tajam. Hal ini penting karena penggunaan pisau tumpul dapat melukai kulit oleh mata pisau yang tidak rata.
  • Selalu mencukur searah dengan pertumbuhan rambut.
  • Jangan terburu-buru agar Anda tidak tanpa sengaja melukai kulit ketiak Anda.
  • Oleskan pelembab kulit setelah selesai bercukur.
2. Waxing/sugaring Waxing/sugaring adalah metode yang bagus untuk menghilangkan rambut ketiak. Anda bisa melakukan waxing/sugaring sendiri di rumah atau meminta profesional kulit/kecantikan untuk melakukannya. Keuntungan dari waxing/sugaring adalah biayanya relatif terjangkau dan memberikan hasil lebih tahan lama daripada mencukur. Kerugiannya adalah beberapa orang merasa teknik ini sulit untuk diterapkan dan takut mengalami rasa sakit. Hal ini tidak terjadi jika waxing/sugaring dilakukan dengan benar.



3. Krim penghilang rambut
Krim untuk menghilangkan rambut bisa dibeli di toko- toko obat. Keuntungan menggunakan krim adalah kemudahan penggunaannya dan dalam beberapa minggu ketiak Anda bebas rambut. Kerugiannya, bila kulit ketiak Anda sensitif maka krim ini dapat menyebabkan iritasi kulit yang tidak nyaman. Bila menggunakan krim ini, selalu ikuti petunjuk pemakaiannya, dan jika ragu-ragu cobalah oleskan sedikit krim pada kulit yang kurang sensitif terlebih dahulu. Setelah menggunakan krim ini, gunakanlah krim pelembab karena beberapa bahan kimia yang digunakan dalam krim penghilang rambut bisa membuat kulit menjadi kasar.


4. Elektrolisis
Teknik ini relatif baru dan merupakan satu-satunya metode yang benar-benar dapat menghilangkan bulu ketiak secara permanen. Dalam teknik ini, folikel rambut dialiri arus listrik kecil untuk membunuh sel-selnya. Jika Anda tertarik pada perawatan ini, sebaiknya Anda mengunjungi profesional yang kompeten melakukannya.

(jgn mnjadi silence reader, sila² komen agar blogger yg laen dpt melihat blog anda juga,.)