Pages

Kage

Wednesday, November 14, 2012

Hukum Membaca Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah serta Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir genap setahun (Hijrah) kita menjalani kehidupan ini. Yang pasti banyak dosa daripada pahala yang telah kita lakukan. Mengapa PT mengatakan sedemikian? Siapa tahu akan dosa dan pahala yang telah dilakukan dan telah tertulis? Lebih baek berfikir sedemikian agar kita sentiasa mencari KEAMPUNAN-NYA, daripada kita terus riak dan alpa dengan dunia dan akhirnya kita terlambat untuk bertaubat.

Walaupun umur beribu tahun, pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi ajal bukan ditangan Manusia mahupun hamba ALLAH yang laen. Rugilah kita jika kita meninggalkan dunia ini tanpa sempat kita bertaubat.

Hukum membaca Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah ada yang mengatakan tidak sah, tiada hadis yang sahih. Apa² pun tonton video daripada Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) ini.

Semua doa² yang baek boleh dibaca, tiada seorang pun ahli ulama yang mengatakan tidak boleh baca

Selepas membaca beberapa artikel, dan menonton video diatas, Doa Awal dan Akhir Tahun Islam ini adalah bukan amalan sunat atau bukan Doa daripada Nabi Muhammad SAW, tetapi ia masih boleh dibaca.

Yang baek mengapa tidak kita jadikan satu ikutan dan tauladan, dan yang kurang baek mengapa tidak kita jadikan satu sempadan? Hidup ini pilihan, Jangan tersalah pilih.


Disini PT sertakan sekali dengan doa² Awal dan Akhir Tahun. Semoga amalan kita diterima dan semoga dosa² kita diampuni.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram (14 November 2012)


awal tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (14 November 2012)


akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 
*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile


Di Kesempatan ini PT ingin mengucapkan


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434








No comments:

Post a Comment