Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Memang tidak dinafikan, bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga ada menyimpan rahsia dimana mereka tidak ingin kekasih mereka mengetahui sehingga tiba saat yang sesuai ( setelah bernikah la ).
Kepada wanita² di luar sana, jangan kalian kuatir, lambat laun anda akan mengenali pasangan anda jua. Bukankah bercinta selepas kahwin lebih indah? Tapi jangan pula kalian merungut setelah mengetahui tabiat buruk ‘Jejaka/Suami’ kalian. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini, Jika ‘Jejaka/Suami’ kalian boleh menerima kalian seadanya kenapa tidak kalian.?
Nak tahu?
1. Anak Emak
Oh tidak! Gerun rasanya apabila mengetahui si dia anak emak. Maklumlah di hadapan kamu bukan main gentlemen lagi tapi apabila dirumah orangnya sangat sopan dan terlalu menurut kata ibunya. Bahaya atau tidak? Mungkin bagi anda yang tidak suka lelaki anak emak akan mengatakan ia sanagt bahaya.
Ini kerana anda risau sekiranya anda dan si dia menghadapi masalah di kemudian hari, pasti ibunya akan campur tangan dan cuba menyelesaikannya bagi pihak anda. Walau bagaimanapun, lihatlah dari sisi yang positif. Tidak salah sekiranya si dia anak emak, asalkan si dia tahu untuk berlaku adil dan matang dalam membuat keputusan. Oleh itu, kamu janganlah memperlekehkan dirinya.
2. Mempunyai Bantal Busuk
Ha! Jangan tak tahu, bukan si gadis sahaja yang menyimpan bantal busuk. Lelaki juga adakalanya mempunyai bantal busuk mereka. Mungkin kamu kedengarannya sanagt lucu tetapi tidak bagi si dia. Baginya bantal tersebut sekadar peneman di kala si dia kesepian dan paling penting untuk tidur.
Tanpa bau bantal itu pasti si dia sukar untuk melelapkan mata. Bantal tersebut dikatakan kesayangannya. Mungkin bantal itu telah digunakan sejak kecil sehinggalah saat ini. Anda pasti tidak menyangka bahawa teman lelaki anda juga mempunyai bantal busuk seperti anda. Mesti comel tika melihat dirinya memeluk bantal tersebut. Pasti anda tertunggu-tunggu si dia bercertikan tentang rahsianya yang satu ini bukan?
3. Pembersih
Kamu nampak si dia seolah-olah endah tak endah tentang penampilan dan cara anda ketika makan. Namun disebalik itu sebenarnya tersimpan 1001 rasa yang tidak menyenangkan pada dirinya. Pernah atau tidak apabila anda dan si dia keluar, penampilannya selekeh atau bajunya tidak bergosok? Sekiranya penampilan si dia rapi, anda pasti sudah boleh mengagak si dia seorang yang sangat menjaga kebersihan dan tidak suka pada persekitaran yang kotor serta penampilan yang tidak kemas.
baginya kebersihan itu melambangkan penampilan seseorang. Sekiranya selama ini anda tidak pernah menjadikan kebersihan sebagai kutamaan, bermula hari ini anda perlu menukarnya 100 peratus.
4. Tidak Suka Patung Beruang
Lelaki agak kurang gemar memiliki patung beruang. Bagi si dia, cukuplah sekadar dijadikan hadiah buat anda dan bukannya untuk dijadikan koleksi peribadi. Pada pandangan si dia, menyimpan dan menyukai patung beruang seolah-olah berjiwa seperti perempuan.
Helo, si dia kan lelaki, jadi jatuhlah maruah si dia sekiranya dia mempunyai koleksi seperi ini!Bagi anda yang tidak pernah menerima hadiah berbentuk patung beruang, jangalah kecewa kerana si dia memang tidak berminat malah untuk memilihnya sebagai hadiah pun tidak tahu. Takut-takut nanti pilihannya tidak kena dengan jiwa anda.
5. Privasi
Oh, baru tahu rupa-rupanya lelaki juga memerlukan privasi untuk dirinya! Anda haruslah memahami kehendaknya apabila si dia membuat permintaan untuk tidak keluar bersama anda di hujung minggu. Jangan pula saat itu anda merajuk pula. Takut-takut si dia bosan mempunyai kekasih seperti anda.
Sekiranya si dia boleh memahami keinginan anda, jadi apa salahnya anda pula memahami keinginan dirinya? Sekali sekala berilah waktu untuk si dia bersendirian dan bersama-sama teman-temannya. Tentu anda akan dianggap kekasih yang paling memahami.
6. Menjaga Kecantikan
Alamak! Lelaki pun menjaga kecantikkan diri? Kini golongan lelaki juga menitik beratkan soal penampilan diri dan gaya. Kecantikkan disini bukanlah bermaksud si dia suka bersolek seperti anda. Sebaliknya si dia amat prihatin tentang penjagaan kulit muka, bau badan, mulut, gigi dan sebagainya untuk tampil sebagai lelaki maskulin dan berkualiti,
Kalau si dia keluar membeli belah pasti si dia akan menuju ke bahagian lelaki untuk melihat pencuci muka, minyak wangi, deodoran dan sebagainya. Serba serbi lengkap seperti seorang perempuan. Kalau boleh si dia ingin orang yang mendampingi dirinya selesa dan tidak akan mengkritik tentang penampilan dirinya.
7. Manja
Wow! Pastinya anda suka saat mendapat teman lelaki yang manja bukan? Kebiasaanya anda asyik melihat wajahnya yang serius dan sukar menghadiahkan senyuman, alih-alih sikapnya menjadi manja dan keanak-anakkan apabila si dia jatuh sakit atau demam. Waktu itu kamu boleh melihat dengan mata kepala anda sendiri caranya yang agak kebudak-budakan.
Si dia inginkan perhatian daipada anda dari A sehingga Z. Waktu itu anda akan terasa yang diri anda seperti lelaki manakala si dia pula seperti seorang perempuan yang memerlukan perhatian. Jangan pula anda terkejut ya.
8. Tegas
Apabila bersama anda nampak dirinya berlainan sama sekali. Kadangkala si dia nampak santai, boleh melawak dan suka mengusik. Jarang sekali melihat dirinya marah dan tegas dalam melakukan sesuatu. Di hadapan anda si dia selalu mempamerkan wajah yang ceria dan tidak suka dengan pergaduhan.
Namun apabila terjadinya perselisihan paham yang membabitkan anda, ditambah kesalahan itu memang anda yang lakukan, memang anda akan nampak ketegasannya. Malah anda sendiri takut untuk memandang wajahnya. Baginya untuk mengasari anda tidak sama sekali, cuma si dia akan menasihati dan menegur anda agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Jadi anda perlu bersiap sedia.
9. Menangis
Aduhai, hatinya sangat lembut seperti seorang perempuan! Tidak disangka-sangka teman lelaki yang kelihatan Macho dihadapan anda boleh menangis dalam sekelip mata. Puncanya hanyalah kerana anda meminta si dia memutuskan anda gara-gara pergaduhan kecil sahaja. Aduh, terduduk anda seketika!
Anda perlu tahu, lelaki juga mempunyai naluri seperti seorang perempuan. Si dia juga tahu untuk menangis saat hati terluka atau menerima perkhabaran yang mendukacitakan. Malah si dia juga tidak segan silu untuk mempamerkan kesedihannya di hadapan anda. Itu meunjukkan si dia benar-benar ingin anda terus berada di sampingnya. Oleh itu, janganlah kecewakan dirinya.
10. Pemalas
Masih sesuaikah si dia menjadi calon pilihan anda? Atau anda mahu membutakan mata dan cuba sedaya upaya untuk mengubah diri si dia? Fikir-fikirkanlah ya. Segelintir lelaki mempunyai satu sifat yang kurang digerami oleh kaum wanita iaitu malas. Sikap malasnya kalau sedikit tidak mengapa sebaliknya kalau pinggan mahupun cawan yang sebiji pun sukar untuk diangkat. Memang anda sendiri pun akan rasa marah kan?
Bagi mereka, segalanya ingin mudah sahaja dan sekiranya susah selalunya akan ditolak ke tepi atas alasan meremehkan. Sekiranya teman lelaki anda seorang yang malas, apa kata anda nasihatkan dirinya supaya berubah dan belajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
Lelaki suka apabila anda selalu memberikan perhatian dan mengambil berat tentang dirinya seperti juga anda. Dari itu, Si dia akan dapat menilai sejauh manakah kejujuran dan keikhlasan anda dalam sesebuah perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali tidak menghiraukan si dia
Sumber : Majalah Remaja Edisi Mac 2012
*Tidak semua lelaki mempunyai ciri² diatas. Dan banyak lagi rahsia yang disimpan oleh kaum Adam. Lebih separuh rahsia diatas ada pada PT,
P/S : Girl, don’t try to solve the puzzle, let them reveal by their-self. Trust me.
No comments:
Post a Comment