*Tetiba lak teringat time
zaman sekolah dahulu, bertukar biodata dgn rakan² kelas. Alang² teringat zaman
persekolahan, so biodata nie versi karangan ala sejarah (subj paling dibenci)..
Nama sebernar PT, Mohd
Aliff, macam² panggilan yang orang laen panggil PT, Md Alip, Bulat,
Panjang, Renjong, Tinggi, Tekanan, Mat Divider, HAYAS, Ghost Rider, Wiet, GG,
Yep Yap but I much prefer Pak Tam (PT).
Sebabnya? Rasa selesa pula dengan panggilan tersebut.
Tanggal 30 Dis
1990M, bersamaan 12 Jamadil
Akhir 1411H, PT dilahirkan di Baling
Kedah.
Anak Ke-6
daripada 7 beradik dalam keluarga kandung. Anak
Ke-2 dalam keluarga angkat. Sejak lahir lagi tinggal bersama keluarga
angkat di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Mendapat pendidikan awal di Tadika Lucky Garden Taman Chai Leng, pada tahun 1996. Pada
tahun 1997 sehingga 2002, SK Khir
Johari, Perai. Pada Januari 2003, PT sambung belajar selama seminggu di
SMK Seberang Perai sebelum
bertukar sekolah ke SMK Seberang
Jaya. Pada tahun 2005, Penilaian Menengah Rendah (PMR), PT mendapat
keputusan yang baik, permohonan ke SMT lulus,. Niat hati ingin berjauhan
daripada keluarga, tapi apakan daya, nak jaga hati mama, so SMT
Butterworth menjadi pilihan dalam Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik (PKEE) dari tahun 2006 sehingga 2007.
Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PT terus bekerja,
bukan tak nak sambung belajar, banyak tawaran yang diterima seperti JMTI, Politeknik
Pasir Gudang, Universiti Teknikal Melaka Malaysia, Mercedes benz. Semua itu PT
tolak kerana ingin meringankan beban keluarga.
Seminggu PT berehat selepas Peperiksaan SPM sebelum bekerja
sebagai Banquet di Hotel Pearl View.
Hasil pertolongan rakan sekelas di SMTBw. Sebulan sahaja bekerja di hotel,
kemudian PT bekerja sebagai Juruwang
di Pacific Megamall Seberang Perai.
Julai 2008, PT mendapat kerja sebagai
Juruwang di TNB Jalan Anson, Pulau Pinang. Abang dan Kak
Ipar PT juga bekerja di Wisma TNB tersebut, Cuma bahagian laen². Setahun lebih
PT bekerja di sana,
PT mendapat tawaran sebagai
Pengumpul
Data di TNB Jalan Timur, Petaling Jaya.
November 2009 (sehingga sekarang) PT berhijrah ke
Kajang, Selangor dan di
tempatkan di
Uniten, Bangi..
(jgn mnjadi silence reader, sila² komen agar blogger yg laen dpt melihat blog anda juga,.)