Pages

Kage

Sunday, December 21, 2014

Tamat sudah zaman bujang.

Alhamdulillah.
Kini PT bergelar suami kepada Ain Nadiera Ayu.

Majlis yang berlansung serentak dengan kakak Lynn. Didahului dengan akad kakak Lynn.

Doakan kebahagian kami sekeluarga.



Siapa kata cinta itu berpaksi paras rupa. Tinggi rendah. Cerah atau kurang.

Cinta bukan lahir dari mata.

Cinta lahir dari hati.

Naluri akan bawa kita temui cinta sejati.

Kalau dah jodoh pasti tidak akan ke mana.

Thursday, December 18, 2014

Wang Kertas Not RM50 & RM100 Tersebar

 Not RM50 & RM100

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100.

Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaharu itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur.

Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not.

Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998.

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping.

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don.

Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not.

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH.

Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu.

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.


-Mynewshub

Sumber

Wednesday, December 17, 2014

Bakal Berakhir Zaman Bujang.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama membujang, Insya-ALLAH, 20 Disember 2014, PT akan diijab kabul dengan bakal isteri PT, Ain Nadiera Ayu dan majlis kami akan berlansung pada keesokan harinya yakni pada 21 Disember 2014.

Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar.





Friday, December 5, 2014

Menjaga Hati Pasangan



Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.  Yang isteri sibuk berbisnis menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit. Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Duit banyak ditambahkan hidup bahagia pasti menjadi idaman sebuah keluarga tetapi bukan semua dapat menikmati keindahan hidup suami isteri. Suami pasti ada cara untuk memuaskan dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia. Asal tips cara membuat isteri bahagia dapat daripada sebuah group wassap yang tidak tahu asal usulnya. Terima kasih kepada insan yang telah menulis panjangan lebar tips ini untuk dijadikan bahan guraun suami isteri tetapi ada pengajarannya.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…

Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Mane yg senang jaga… suami or isteri…