Pages

Kage

Sunday, December 21, 2014

Tamat sudah zaman bujang.

Alhamdulillah.
Kini PT bergelar suami kepada Ain Nadiera Ayu.

Majlis yang berlansung serentak dengan kakak Lynn. Didahului dengan akad kakak Lynn.

Doakan kebahagian kami sekeluarga.



Siapa kata cinta itu berpaksi paras rupa. Tinggi rendah. Cerah atau kurang.

Cinta bukan lahir dari mata.

Cinta lahir dari hati.

Naluri akan bawa kita temui cinta sejati.

Kalau dah jodoh pasti tidak akan ke mana.

Thursday, December 18, 2014

Wang Kertas Not RM50 & RM100 Tersebar

 Not RM50 & RM100

Beberapa hari kebelakangan ini, laman sosial Facebook jadi medan perkongsian foto not terbaharu bagi matawang Ringgit Malaysia bernilai RM50 dan RM100.

Melalui muat naik dan perkongsian para pengguna, foto not terbaharu itu menunjukkan nilai RM50 berwarna biru dan jingga serta memaparkan imej beberapa bangunan ikonik Malaysia seperti KLCC, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Kuala Lumpur.

Namun, ramai tertanya-tanya dan meragui kesahihan foto ini terutama bagi nilai matawang RM100 yang disaluti warna emas pada keseluruhan not.

Memetik laporan The Rakyat Post, not RM50 dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Sukom Ninety Eight Bhd sebagai memperingati Sukan Komenwel pada 1998.

Not sah tersebut dikeluarkan lebih kepada item koleksi bagi pengumpul not matawang dan dihasilkan pada kuantiti terhad iaitu sebanyak 500,000 unit sahaja. Ia dijual pada harga RM80 bagi setiap keping.

Uniknya, not tersebut memiliki tandatangan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don.

Tak hairanlah, nilainya dikatakan telah meningkat pada harga RM500 bagi setiap helai not.

Namun demikian, not RM100 yang kini dijual melalui beberapa platform jualan dalam talian antaranya ‘www.mudah.com‘ pada harga RM35 – RM40 sekeping didapati TIDAK SAH.

Menurut sumber dipercayai, pihak BNM telah mengesahkan tak pernah mengeluarkan apa-apa not seumpama itu.

Sumber yang enggan dikenali itu menambah, tindakan memasarkan not palsu adalah melanggar undang-undang kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.

BNM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi.


-Mynewshub

Sumber

Wednesday, December 17, 2014

Bakal Berakhir Zaman Bujang.

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama membujang, Insya-ALLAH, 20 Disember 2014, PT akan diijab kabul dengan bakal isteri PT, Ain Nadiera Ayu dan majlis kami akan berlansung pada keesokan harinya yakni pada 21 Disember 2014.

Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar.





Friday, December 5, 2014

Menjaga Hati Pasangan



Pasangan suami isteri sekarang terlalu fokus kepada ekonomi tidak kira siang atau malam. Yang lelaki sibuk bekerja tidak kira waktu dan kepada yang berniaga sibuk dengan pelaburan saham, pelaburan emas, mencari kontrak kerajaan dan sekarang pulak sibuk mencari duit sampingan secara online apabila kawan-kawan kata boleh buat berpuluh ribu ringgit secara online.  Yang isteri sibuk berbisnis menggunakan facebook jual tudung, alat solek, jubah dan sebagainya sehingga dapat income ratusan ribu ringgit. Memang betul kalau tak ada duit susah hidup tetapi hidup suami isteri bukan segalanya duit.

Duit banyak ditambahkan hidup bahagia pasti menjadi idaman sebuah keluarga tetapi bukan semua dapat menikmati keindahan hidup suami isteri. Suami pasti ada cara untuk memuaskan dan membahagiakan hati isteri begitu juga sebaliknya. Mungkin cara berikut dapat membuatkan suami atau isteri anda bahagia. Asal tips cara membuat isteri bahagia dapat daripada sebuah group wassap yang tidak tahu asal usulnya. Terima kasih kepada insan yang telah menulis panjangan lebar tips ini untuk dijadikan bahan guraun suami isteri tetapi ada pengajarannya.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA :

1. Jaga makan minumnya
2. Tidur dengannya
3. Biarkan dia dengan ketenangan
4. Jangan memeriksa telefonnya
5. Jangan mengganggu pergerakannya

Jadi APA YG SUSAH sangat tentang itu?

CARA MEMBUAT ISTERI PUAS & GEMBIRA :

Ia benar-benar tidak terlalu sukar tetapi..

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :

1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Penghias
13. Stylist
14. Sexologist
15. Pakar sakit puan
16. Ahli psikologi
17. Pembasmi perosak
18. Psikiatri
19. Penyembuh
20. Pendengar yang baik
21. Penganjur
22. Bapa yang baik
23. Sangat bersih
24. Bersimpati
25. Olahraga
26. Pemanas
27. Pemberi perhatian
28. Gagah
29. Pintar
30. Lucu
31. Kreatif
32. Penggoda
33. Kuat
34. Pemahaman tinggi
35. Toleransi tinggi
36. Berhemat
37. bercita-cita tinggi
38. Mampu
39. Berani
40. Pembuat keputusan
41. Berkata benar
42. Boleh dipercayai
43. Bersemangat

TANPA lupa untuk:

44. Kerap memberi pujian
45. Pergi membeli-belah dengannya
46. Jujur
47. Menjadi sangat kaya
48. Tidak terlalu menekan
49. Tidak melihat perempuan lain

DAN PADA MASA YANG SAMA, ANDA MESTI JUGA:

50. Memberikan banyak perhatian kpdnya
51. Memberikan banyak masa kpdnya terutama masa untuk dirinya sendiri
52. Memberi beliau banyak ruang
53. Tidak pernah imbang tentang di mana dia pergi.

Namun yang paling penting.

INI SANGAT PENTING

54. Tidak pernah lupa hari lahirnya
55. Tidak pernah lupa hari ulang tahun perkahwinan
56. Mesti alim dan
57. Tolong buang sampah dan
58. Cuci keretanya
59. Bayar cukai jalan dan
60. Bawa melancong dan
61. Jangan LEBIH tidur dan
62. Makan habis2 masakan dia dan
63. Bila nak tidur cakap i luv u dan
64. Berhenti membaca akhbar @ memberi perhatian apabila dia bercerita dan beberapa lagi..

Dan oh ya anda juga perlu menjadi spiderman atau superman pada masa-masa tertentu untuk menyelamatkan beliau…

Kepada suami yang sudah bekerja kuat jangan lupa bawa isteri pergi umrah sebagai menghargai kesetiaannya.

Mane yg senang jaga… suami or isteri…

Friday, November 28, 2014

Hukum Sembelihan Ahli Kitab



Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum melalui e-mel. Ini adalah email pertanyaan melaluihttp://mufti.perlis.gov.my/ dari: Mohd Zarif

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya.

 

Soalan:

Saya sedang menuntut di Amerika Syarikat. Boleh atau tidak makan sembelihan yahudi walaupun mereka tidak sebut perkataan Allah tapi sebut perkataan lain yang bererti tuhan bagi mereka ketika menyembelih?

 

Jawapan:

Sembelihan yang disebut perkataan lain selain dari Allah, maka sembelihan tersebut adalah HARAM dimakan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-Anaam: 121)

 

DI BAWAH INI KAMI SERTAKAN PENJELASAN TAMBAHAN

Boleh memakan sembelihan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Kristian dengan dua syarat:

1.Penyembelihan dilakukan seperti sembelihan muslim, diputuskan urat halqum dan mari’sehingga menumpahkan darah. Jika binatang tersebut mati kerana dijerut atau dikenakan kejutan elektrik, dibenam ke dalam air atau seumpamanya, maka binatang tersebut tidak halal dimakan.

2.Tidak disebut nama selain dari Allah ketika penyembelihan, seperti nama al-Masih dan seumpamanya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ

Mafhumnya: “Dan jangan kamu semua makan apa-apa yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya.” (al-Anaam: 121)

Di dalam surah lain, Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ

Mafhumnya: “Hanyasanya yang diharamkan ke atas kamu semua (umat Islam) adalah bangkai, darah dan daging babi, demikian juga yang disembelih kerana selain Allah.” (al-Baqarah: 173)

Yang disembelih kerana selain Allah memaksudkan apa-apa sembelihan yang disebut nama selain Allah ketika penyembelihan seperti menyebut: “Dengan nama al-Masih” atau:“Dengan nama Muhammad” atau: “Dengan nama Jibril" atau seumpamanya.

Termasuk juga pengharaman memakan apa-apa sembelihan bertujuan mendekatkan diri kepada selain Allah, sama ada kepada al-Masih atau seumpamanya. (Iqtidha al-Sirat al-Mustaqim 1/251)

Jika tidak diketahui sesuatu sembelihan yang disembelih oleh seseorang muslim atau ahli kitab itu disebut nama Allah ataupun tidak, maka harus memakannya dengan membaca bismillah sebelum makan, berdasarkan hadis daripada ‘Aisyah RA yang berkata: “Pernah sekumpulan orang berkata kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ قَوْمًا يَأْتُونَنَا بِاللَّحْمِ ، لَا نَدْرِي أَذَكَرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ أَمْ لَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَسَمُّوا اللَّهَ عَلَيْهِ وَكُلُوهُ

Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya satu kaum memberi daging kepada kami. Tetapi kami tidak tahu, apakah mereka membaca bismillah ketika menyembelih atau tidak. Sabda Nabi SAW: Bacalah bismillah dan makanlah.” (HR al-Bukhari)

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin berkata:

“Tidak semestinya perlu ditanya sembelihan yang disembelih oleh seorang muslim atau ahli kitab, bagaimana penyembelihannya. Apakah dibaca bismillah ataupun tidak. Bahkan soalan seumpama ini tidak wajar, kerana ia termasuk melampau di dalam agama. Sedangkan Nabi SAW pernah memakan sembelihan Yahudi dan baginda tidak bertanya apa-apa kepada mereka. Di dalam Sahih al-Bukhari dan selainnya pula, hadis daripada ‘Aisyah RA menyatakan: Ada satu kaum bertanya kepada Nabi SAW: Ada satu kaum memberi daging kepada kami, kami tidak tahu apakah mereka membaca bismillah ataupun tidak ketika menyembelihnya.” Sabda Nabi SAW: “Kamu sendirilah yang membacanya kemudian makan.” Kata ‘Aisyah RA: “Kaum yang memberi daging itu baru memeluk Islam. Baginda menyuruh yang menerima daging memakan daging tersebut, tanpa perlu bertanya apa-apa, sedangkan yang memberi daging kadang-kalanya tidak tahu beberapa hukum-hakam Islam disebabkan mereka baru memeluk Islam.” (Risalah Fi Ahkam al-Udhiyyah wa al-Zakah oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin RH)

Berdasarkan penjelasan di atas, maka sesiapa yang berada di Negara bukan Islam, kebanyakan yang melakukan penyembelihan pula adalah orang kristian atau Yahudi, maka halal memakan sembelihan mereka. Melainkan jika diketahui mereka melakukan perkara yang menjadi sembelihan itu haram seperti menyebut nama selain Allah ketika melakukan sembelihan seperti yang telah dijelaskan di atas. Jika yang menyembelih itu penyembah berhala, maka HARAM memakan sembelihan mereka.

Wallahu a’lam.


Sumber : http://mufti.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=336:hukum-memakan-sembelihan-ahli-kitab&catid=42:soal-jawab-agama&Itemid=131

Monday, September 1, 2014

Noob Definition

A. INTRO
I. What is this?
II. Defining 'Noob'

B. COMMON NOOB CHARACTERISTICS
I. Noobish
II. Where to find noobs
III. Behavior of noobs
IV. Noob religion
V. More about noob habitats

C. AVOIDING NOOBS
I. Make sure you aren't one
II. Major noob avoiding strategies

------------------------

A. INTRO

I. What is this?
This guide is designed to give you a better understanding of what a noob is, how to recognize them, some details about them, and how to avoid or get rid of them. It mostly applies to online forums, which are the main targets of migrating noobs.

II. Defining 'Noob'
Contrary to the belief of many, a noob/n00b and a newbie/newb are not the same thing. Newbs are those who are new to some task* and are very beginner at it, possibly a little overconfident about it, but they are willing to learn and fix their errors to move out of that stage. n00bs, on the other hand, know little and have no will to learn any more. They expect people to do the work for them and then expect to get praised about it, and make up a unique species of their own. It is the latter we will study in this guide so that the reader is prepared to encounter them in the wild if needed.

Noobs are often referred to as n00bs as a sign of disrespect toward them, and it's often hella funny, but I will refer to them as noobs during this reading.

* Usually the topic at hand on an internet forum.

B. COMMON NOOB CHARACTERISTICS

I. Noobish
Often, but not always, noobs will attempt to communicate in their own primitive language, known as "n00bish." It is a variant of the hacker language that exposes them as having little intelligence or will to learn. Here is an example of some noobish. Do not attempt to comprehend it: it cannot be discerned without professionals at hand.

stFU /../..an, i r teh r0xx0rz liek emin3m, u cna go tO EHLL OR ATLE4St help m3 wit hthIS!!111!!!!!!!1~~1!!``!! LOLLOLOLLOLOLlOoLLOlollLLl u n00b

Although you may find this unbelievably funny and/or annoying, it is best to restrain yourself and keep from talking back to them, as they are very territorial and easily angered. This will result in their attempted verbal abuse of you, possibly backed up by other noobs, because they work in packs when doing offensive tasks. It is not an easy task to learn this language because our intelligent accent will keep it from sounding quite right when spoken. You can write some simple noobish of your own, however, by slamming your face into your keyboard repeatedly.

II. Where to find n00bs
On the internet, n00bs make their colonies on forums. They migrate in waves, usually on weekends, and proceed to clog up bandwidth with stupid questions and sometimes even stupid answers. If you happen to be unfortunate enough to be on a board large enough to attract migrating noobs, there will hopefully be authority in charge who is smart enough to take extermination measures before they can make nests and larger colonies. THE BANNER HAMMER is one form of authority.

Larger colonies can result in the mutation of some into spammers. Not commercial spammers, but pointless spammers. A noob can become one of these at any point, but the larger the amount of noobs, the more chance pointless spammers will appear.

Off the internet, noobs appear anywhere the focus is on learning or discussing something specific.

III. Behavior of noobs
Since noobs are basically ignorant bastards, they have a lot in common. The most often seen characteristic is their fluency in noobish, which is why it got its own section. They will also be very self confident as if they were the absolute best at what they are in fact the worst at. Also, they are quite agressive and self-centered, and tend to laugh a lot using many L's and O's in rapid sucession (the noobish word for laughing like an ultimate retard).

It is their instinct to assemble in packs for defense, and they often attempt to organize packs that they call teams. Unfortunately for them, teams usually result in a total loss of communication and they can often begin to fight amongst each other. These teams are quite unlike those formed by non-noobs.

Noobs have difficulty reading English and cannot comprehend the idea of authority.

Therefore, they have an all-out disregard for rules, basic or not. A good way to identify a noob (bad) vs. a newb (good) is to tell them (or have an authority tell them) which rule they are unknowingly breaking. If they respond with an apology and fix it, they are probably not a noob. If they react by insulting everything around them in rapid noobish and causing general mayhem, it is because they are a noob and have had a small seizure due to their inability to understand what is happening.

IV. Noob Religion
Noobs follow a variation of the 1337 (sometimes 7331) religion, in which they worship the number in odd rituals and put altars in their forum avatars and signatures. They often call themselves 1337, which experts say is somewhat like calling themselves godly in a human language. It's best to not interfere with their religious fantasies and practices because that can lead to a noob uprising, which can turn a forum to mush in less than a week.

V. More about noob habitats
Noobs often attempt to maintain their own web pages. Some common features of these lairs are a terrible lack of content, background music, lots of pointless animated gifs, and pages that say some variation of 'tHEir isnothinG H34r yEtt LOLLOLOL!111!1!!~~~!!`! 13371337', which means 'Nothing here yet' in noobish.

They will also have large, seemingly infinite marquees of 88X31 affiliate buttons replaced with red X's scattered here and there, and possibly a hit counter showing a number less than 100. These habitats are numerous but fairly easy to avoid because only noobs link to them. So if you can identify a noob, don't go to its homepage. Simple as that.

C. AVOIDING NOOBS

I. Make sure you aren't one
Note: This section is bilingual so even noobs can make the discovery if they haven't already.

English (T4lk)-

Read the above parts of this guide carefully. If you find yourself unable to comprehend any of it but are instead beginning to think about how great you are and how awesome 'teh 1337' is, you might want to take one of the many available online quizzes to check your noobancy.

Noobish (133713371337)- Liek, u gott4 re3D teh gudieCAREFUl1y and tehn OMG LIEK I AM R0XX0RZ ya anD ify 0u turn into teh reTARDED u gota go 2 MY WEBP4GE LOLLOLOL!!111~11 ad check 4 warez n stfuu. if u r a n00b go2HELL LOLLOLOlROFLMFAO11!!!11!!!! a/s/l pos gtg n00b suxx0rz ur b0xx0rz OLOOOLOLLLL HELP HELP HELP 1337133713371337

II. Major noob avoiding strategies
The main factor in attracting migrating herds of noobs is a large, active forum. If you find one of these, look to see if it has the management to avoid noob infestation. If not, look for a small or mid-sized forum that covers the same topic so you can enjoy your time there before the noobs find it.

Another way to keep noobs from interfering with your life is to become part of the authority on one of these forums. But that's often hard to do so you'll probably be better off avoiding larger forums first off. If you do manage to become part of the authority, however, take full advantage of it and establish extermination policies so that normal people can have a nice time without noob infestations.
Noob Talk: LAlWAlwalwalWAWLAWLAWA!~!~!~!!!11!!! 1M NOtttt N0000BZ

Saturday, August 2, 2014

10 JANJI Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin.


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah.

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar.

Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?