Pages

Kage

Sunday, November 18, 2012

Boikot Barangan Israel dan Amerika? Mampukah kita?

Assalamualaikum.

Israel menyerang Gaza, Palestine lagi. Ramai nyawa² yang tidak berdosa yang terkorban dalam perperangan tersebut. banyak usaha yang telah dilakukan untuk menghentikan penyerangan Israel terhadap Palestine. Tetapi semuanya tidak diendahkan Israel.

Boikot_1

Sudah bertahun lamanya kita mendengar isu boikot barangan daripada Israel dan Amerika. Persoalan disini, mampukah kita memboikot barangan² tersebut? Jika sekadar beberapa orang sahaja tidak mampu mengoncangkan dunia ini.

boikot

Senarai Barangan Israel dan Amerika


Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.


Mampukah kita? Bukankah itu barangan seharian yang digunakan oleh majoriti rakyat di Malaysia terutamanya? Jika kerajaan tidak mengimport barangan tersebut atau membuat kilang² pengeluaran di Malaysia, kita tidak perlu bersusah payah memboikot barangan² tersebut.

Alhamdulillah, kerajaan kini telah mula mengeluarkan barangan² buatan Malaysia yang kita kenali sebagai barangan 1Malaysia. Bukan itu sahaja, nak makan ayam? Pasar malam sudah la. Burger? Brapa banyak stall Burger Ramli, tidak kurangnya Oblong. dan macam² lagi.

Walau bagaimanapun, senjata Mukmin paling kuat adalah dengan berdoa agar Israel tidak lagi menyerang Palestine dan keganasan yang dilakukan oleh mereka dibalas dengan setimpal.

148482_469378723105159_842537720_n

Tetapi berdoa sahaja tidak mencukupi jika kita tidak Berusaha dan Bertawakal. Kita boleh memboikot barangan tersebut, jangan terlalu mendadak, kerana itu hanya ‘Hangat² Tahi Ayam’ sahaja. Yang pasti, tidak semua barangan kita mampu memboikot. Tetapi, lebih baek ada sedikit daripada tiada langsung.

Hidup Ini Pilihan, Jangan Tersalah Pilih.


Sumber 1 | Sumber 2 | Sumber 3

Wednesday, November 14, 2012

Hukum Membaca Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun Hijrah serta Salam Maal Hijrah 1434

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hampir genap setahun (Hijrah) kita menjalani kehidupan ini. Yang pasti banyak dosa daripada pahala yang telah kita lakukan. Mengapa PT mengatakan sedemikian? Siapa tahu akan dosa dan pahala yang telah dilakukan dan telah tertulis? Lebih baek berfikir sedemikian agar kita sentiasa mencari KEAMPUNAN-NYA, daripada kita terus riak dan alpa dengan dunia dan akhirnya kita terlambat untuk bertaubat.

Walaupun umur beribu tahun, pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi ajal bukan ditangan Manusia mahupun hamba ALLAH yang laen. Rugilah kita jika kita meninggalkan dunia ini tanpa sempat kita bertaubat.

Hukum membaca Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah ada yang mengatakan tidak sah, tiada hadis yang sahih. Apa² pun tonton video daripada Ustaz Azhar Idrus ( UAI ) ini.

Semua doa² yang baek boleh dibaca, tiada seorang pun ahli ulama yang mengatakan tidak boleh baca

Selepas membaca beberapa artikel, dan menonton video diatas, Doa Awal dan Akhir Tahun Islam ini adalah bukan amalan sunat atau bukan Doa daripada Nabi Muhammad SAW, tetapi ia masih boleh dibaca.

Yang baek mengapa tidak kita jadikan satu ikutan dan tauladan, dan yang kurang baek mengapa tidak kita jadikan satu sempadan? Hidup ini pilihan, Jangan tersalah pilih.


Disini PT sertakan sekali dengan doa² Awal dan Akhir Tahun. Semoga amalan kita diterima dan semoga dosa² kita diampuni.

Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram (14 November 2012)


awal tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile

Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. (14 November 2012)


akhir tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 
*Jangan pening² dengan waktu membaca doa tersebut, kerana hari dalam Tahun Hijrah tidak sama kiraannya dengan hari Tahun Masihi. Dalam kiraan Islam, masuknya Waktu Maghrib sudah beralih hari. Tetapi dalam kiraan Tahun Masihi tepat 12 tengah malam. Smile


Di Kesempatan ini PT ingin mengucapkan


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434








Monday, November 12, 2012

Restoran McDonald’s Pertama di Dunia

Assalamualaikum, tengah² malam mcm nie, tak dapat nk tidur. tetiba tergerak hati nk carik sejarah Restoran McD nie. Siapa owner asal? dari negara mana? mcm mna boleh berkembang ke serata dunia. So nie da sedikit info mengenai McDonald's

 

Ronald-McDonald-6

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

 

McDFirst_01

 

Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain. Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas. Maka konsep restoran "makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford.  Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee.

 

McDFirst_02

 

Pada mulanya nama restoran ini adalah "McDonald" s Famous Barbeque "dan mempunyai lebih 40 menu makanan BBQ.
Akan tetapi pada tahun 1948, mereka menyingkirkan beberapa menu kerana mereka mendapati keuntungan kebanyakkannya datang dari hamburger. Beberapa tahun kemudian, french fries dan Coca-cola. Dulu harga sebiji burger adalah 45 sen sahaja. Dan pada tahun 1953, restoran ini mula dibuka di negara lain. Kini Mcdonald "s mencatat seramai 68 juta pengunjung setiap hari di seluruh dunia.

 

McDFirst_02

 

PT tak pasti bila restoran McD pertama sekali dibuka di Malaysia. Apa yang pasti restoran McD yang terletak di Sekysen 15 Petaling Jaya. Siap masuk dalam filem Gila Gila Remaja. Smile

 

Gila² Remaja

Gila² Remaja2

Gila² Remaja3

*sedikit sedutan daripada Filem Gila² Remaja

 

Tetiba lak trasa lapar, Smile. Sekarang nie tgh popular dengan

Samurai-Burger

 

PT xpernah lgi la try mkn Samurai Burger 2, mmber² pernah la. Ada yg kata sedap n ada yg kata x. So masing² punya selera.. Tpi pd PT, if g pkna McD, menu PT mesti Mega Mac Large Set, Light Coke without ice. Sbbnya PT hnya boleh mkn daging. Alergi dgn Ayam Sad smile..

 

McDonald_doubles

 

Time mkn? Of course la time dapat gaji n also Lunch or Dinner Hour. Smile with tongue out

mcvalue_4MCVALUE DINNER (1)

 

Blogger xbdu8 lebat mcm nie la. Btw, I also collect Coca-Cola Glass Can 2011 and Coca-Cola Olympic Glass 2012. Smile.. So sampai disini sajalah untuk hari ini.. Till next post Winking smile

Friday, November 9, 2012

Cuti oh Cuti

Assalamualaikum, pergh!! lama gak tak berkarya, bermadah nie. Mesti korang semua rindukan? sorry la ek, atas sebab² tertentu, tak dapat nak berkarya. So back to main topic, hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. Kompom² la kan bagi pekerja normal hour esok akan cuti. And next week mungkin akan direct tros cuti 2, ada perayaan la katakan. selasa dan khamis Smile.

 

So PT nk share la skit info yg PT dpt dlm Email drpd PLUS tadi..

deepavali-2012

TTA Raya Haji 2012

wow-aam

MBG-emailblast

 

Dan PT juga senaraikan lokasi² 14 Buah Negeri yang memasang AES.

    1. Lokasi AES - Had Laju [LIHAT] atau [DOWNLOAD]
    2. Lokasi AES - Lampu Isyarat  [LIHAT] atau [DOWNLOAD]

Bagi yg mempunyai GPS, save siap² location yang ada kamera tersebut. Smile
apa² pun, pesanan PT, ‘Safety First, Bring Your Heart Home’ Smile

Selamat Pulang ke Desa Smile