Pages

Kage

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri 1433H/2012M

Selamat hari Raya_1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, hampir sebulan kita menunaikan ibadah puasa, Alhamdulillah sehingga hari ini masih lagi mampu bertahan dan masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah di Bulan Ramadhan.

 

Akan tiba Syawal yang dinantikan oleh setiap umat Islam diseluruh dunia. Semoga amalan yang kita lakukan diterima dan diberkati ALLAH.

 

Alhamdulillah, dapat e-mail semalam daripada HR mengatakan hari ini, company beri kelepasan untuk pulang awal. So dapat la pulang ke kampung halaman lebih awal. Tak ada la nak kalut petang selepas waktu kerja. Hope jalan tak jem. Walauapapun prepare untuk berbuka perlu disediakan, 100% RnR akan penuh. Its better berbuka dalam kereta.

 

Bagi yang pulang dengan kereta so berhati² di jalan raya, jangan laju² pasti akan ada speedtrap yang menunggu. Bagi yang pulang dengan pengangkutan awam tak kira bas/teksi/train/flight/beca, pesan pada driver untuk jangan racing², speeding² & bagi yang dengan beca, cari yang ada kusyen empuk, tak ada la duk atas papan, kalau tak separuh harga. :P

 

So dikesempatan ini PT nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfiri 1433H/2012M 

kepada,

  1. Keluarga tercinta yang berada di kampung halaman
  2. En Boss Dan Lady Boss
  3. Rakan² seperjuangan
  4. Kenalan² yang berada di setiap pelusuk benua
  5. Dan Kepada Yang Terasa Diri Disayangi ;-)

 

Ampun dan maaf andainya terkasar bahasa,
Tersilap bicara,
Termarah yang tak kena,
Tertanya tak tentu hala,

Terpukul kat mana-mana,
Terpekik di telinga,
Terhantuk-hantuk di kepala,
Terpinjam harta benda,
Terumpat bila-bila,
Termiss call waktu ketika,
Termacam-macam lagi yang kena mengena,
Salam Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin

 

So di sini PT setakan sekali dengan Pantun² yang berjaya menambat hati PT.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai SMS/MMS/E-mail/Blog pun kira ok what?

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Bulan Ramadhan bulan berkat
Nafsu dikawal syaitan di ikat
Perhambakan diri kepada Yang Zat
Agar diri beroleh manfaat

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit dan angpau turutlah serta

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun

Adik bermain ditepi paya,
Dimarahi mak kasihan dia,
Anta kuih raya jangan pula lupa,
Selitkan duit raye seringgit dua

Ramadhan hanya tiba sekali
Dekatkan diri kepada Ilahi
Sucikan diri bersihkan hati
Agar wajah muda berseri

My personal favourite Pantun for this Hari Raya 2012 : (hahaaha..)

Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya!

 

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS/E-mail/Blog pun dah kira grand lah ye..!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang


Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri


Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia


Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan


Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah


Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

No comments:

Post a Comment