Siapa yang tak kenal dengan majalah no.1 di Malaysia? klu xtau, mmg cek xtau la nk habaq pa,.
Pertama-pertama kalinya pakcik ingin mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada penrbit majalah ujang kerana berjaya memujuk pakcik menulis diruangan editorial ini.
maklum sahajalah, penulis-penulis besar seperti pakcik tidak ada masa untuk berkarya di dalam majalah yang kurang terkenal. Kalau ada masa pun pakcik tak ada minat. bukanlah kerana bongkak, sombong, riak, aksyen atau lain lain perkataan yang sama erti dengannya, cuma terasa janggal. Sebabnya, selama ini pakcik pakcik cuma menulis untuk majalah yang bertaraf antarabangsa sahaja, seperti The Weekly Bush Pot, Vouge The Do Minde, Astro And De Klumpang dan banyak lagi. Tentu saja korang tak pernah mendengar nama nama majalah tersebut. Apatah lagi membacanya, ye tak?!
Sepertimana yang telah pakcik nyatakan sejak awal lagi, majalah-majalah tersebut adalah bertaraf antarabangsa. Maka ianya sukar di dapati di Malaysia. Baik di Ipoh ataupun Kedah. Pasarannya lebih tertumpu di persekitaran Eskimo dan Bermuda Triangle. Sebahagian kecil pula diedarkan di pergunungan Amazon dan Tasik Ontario.
Disamping itu pakcik hanya menulis buku buku yang tebalnya lebih daripada lima ratus halaman. Seperti Encyclopedia, Encyclopomereka dan buku panduan telefon.
Maka ternyatalah di sini dua factor utama yang boleh merangsangkan keinginan pakcik berkarya di dalam sesuatu majalah atau buku itu adalah:-
Pertama: Produksi itu mestilah bertaraf antarabangsa
Kedua: Buku atau majalah itu haruslah tebalnya lebih daripada lima ratus halaman.
Ketiga: Salah satu yang tersebut diatas atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan kepada prinsip inilah maka pakcik menganggap penerbit majalah UJANG ini cuba memusnahkan kerier pakcik sebagai penulis yang berpotensi apabila menawarkan satu column di dalam majalahnya. Pakcik tidak mahu masyarakat di sebelah Negara barat yang selama ini menyanjungi dan mengkagumi kewibawaan pakcik, akan hilang kepercayaannya.
Tetapi kenapa pakcik sanggup mengorbankan nama yang telah bertahun tahun pakcik gilap itu? Kenapa pakcik rela meninggalkan kerier sebagai penulis professional semata mata untuk mendapat tempat di majalah UJANG yang tidaklah setebal buku panduan telefon ini?
Jawapannya mudah sahaja
Pertama: Ia mengunakan motto: MAJALAH LAWAK ANTARABANGSA. ( Dengar aje perkataan antarabangsa tu, pakcik dah rasa lemah dah )
Kedua: Menurut firasat pakcik, majalah inilah akan menguasai pasaran majalah humor tempatan dan bakal menjadi majalah kartun nombor satu Malaysia.
Ketiga: Sebab kartunis Ujang tu gilo.
Kalau kau orang nak tau setakat mana kegilaanya apabila pakcik berganding bahu dengan Ujang gilo tu….Jangan lupa ikuti majalah ini setiap keluaran. SELAMAT TAHUN BARU dan selamat menyambut majalah baru
Yang Hensem,
DIN BERAMBOI
(jgn mnjadi silence reader, sila² komen agar blogger yg laen dpt melihat blog anda juga,.)
No comments:
Post a Comment