Pages

Kage

Saturday, June 23, 2012

Biodata PT


*Tetiba lak teringat time zaman sekolah dahulu, bertukar biodata dgn rakan² kelas. Alang² teringat zaman persekolahan, so biodata nie versi karangan ala sejarah (subj paling dibenci)..





  • Peribadiku
Nama sebernar PT, Mohd Aliff, macam² panggilan yang orang laen panggil PT, Md Alip, Bulat, Panjang, Renjong, Tinggi, Tekanan, Mat Divider, HAYAS, Ghost Rider, Wiet, GG, Yep Yap but I much prefer Pak Tam (PT). Sebabnya? Rasa selesa pula dengan panggilan tersebut.

Tanggal 30 Dis 1990M, bersamaan 12 Jamadil Akhir 1411H, PT dilahirkan di Baling Kedah.
Anak Ke-6 daripada 7 beradik dalam keluarga kandung. Anak Ke-2 dalam keluarga angkat. Sejak lahir lagi tinggal bersama keluarga angkat di Seberang Perai, Pulau Pinang.

  • Alam Persekolahan
Mendapat pendidikan awal di Tadika Lucky Garden Taman Chai Leng, pada tahun 1996. Pada tahun 1997 sehingga 2002, SK Khir Johari, Perai. Pada Januari 2003, PT sambung belajar selama seminggu di SMK Seberang Perai sebelum bertukar sekolah ke SMK Seberang Jaya. Pada tahun 2005,  Penilaian Menengah Rendah (PMR), PT mendapat keputusan yang baik, permohonan ke SMT lulus,. Niat hati ingin berjauhan daripada keluarga, tapi apakan daya, nak jaga hati mama, so  SMT Butterworth menjadi pilihan dalam Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (PKEE) dari tahun 2006 sehingga 2007.

Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PT terus bekerja, bukan tak nak sambung belajar, banyak tawaran yang diterima seperti JMTI, Politeknik Pasir Gudang, Universiti Teknikal Melaka Malaysia, Mercedes benz. Semua itu PT tolak kerana ingin meringankan beban keluarga.

  • Alam Pekerjaan
Seminggu PT berehat selepas Peperiksaan SPM sebelum bekerja sebagai Banquet di Hotel Pearl View. Hasil pertolongan rakan sekelas di SMTBw. Sebulan sahaja bekerja di hotel, kemudian PT bekerja sebagai Juruwang di Pacific Megamall Seberang Perai.

Julai 2008, PT mendapat kerja sebagai Juruwang di TNB Jalan Anson, Pulau Pinang. Abang dan Kak Ipar PT juga bekerja di Wisma TNB tersebut, Cuma bahagian laen². Setahun lebih PT bekerja di sana, PT mendapat tawaran sebagai Pengumpul Data di TNB Jalan Timur, Petaling Jaya. November 2009 (sehingga sekarang) PT berhijrah ke Kajang, Selangor dan di tempatkan di Uniten, Bangi..

(jgn mnjadi silence reader, sila² komen agar blogger yg laen dpt melihat blog anda juga,.)

2 comments: